“Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,”- Lisa Surihani

Sponsored

Buat peminat filem Instabul Aku Datang! tentu masih ingat dengan gandingan dua pelakon hebat, Lisa Surihani dan Beto Kusyairy memegang watak sebagai Dian dan Harris. Penangan filem ini membuatkan ia menjadi fenomena dalam dunia perfileman.

Malah ramai sebenarnya menonton filem tersebut berulang kali tanpa jemu. Namun begitu, melihat pula hantaran satu rakaman video Lisa Surihani diruangan Instagram berserta kapsyen yang ditulis mengundang orang ramai tertarik.

Sponsored

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” yang mana dalam rakaman ini Lisa Surihani menegur Beto Kusyairy namun terkejut.

Tidak menyangka akan bertemu dengan Beto Kusyairy dan sempat mengajaknya datang ke rumah kerana berjiran, gelagat Lisa Surihani mencuit hati ramai apabila dia dilihat gelabah. Selepas beberapa kali, Beto Kusyairy juga mulai mengenalnya semula.

Sponsored

Selepas bertemu dirumah Lisa Surihani, nampaknya mereka semakin pasti tentang identiti kedua-duanya yang seolah-olah kembali bertemu selepas 11 tahun filem Instabul Aku Datang!. Netizen juga terhibur dengan telatah Beto Kusyairy yang memberitahu suami Lisa Surihani, Yusri tentangnya.

“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang… dalam filem bang.”

Sponsored

Ternyata selain warganet, ramai rakan selebriti juga meninggalkan pelbagai reaksi tentang kedua-dua pelakon ini yang digandingkan dalam satu iklan sebuah produk sehingga menggamit memori tentang filem Instabul Aku Datang!

Komen rakan selebriti