Sharnaaz Hadir Jumpa Anak Dan Bekas Isteri, Netizen Tanya Di Mana Engku Emran, “Tak Nampak Kelibat…”

Sponsored

Selebriti dan usahawan, Neelofa dan suaminya Haris Ismail telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama anak mereka, Bilal. Malah mereka juga turut disertai beberapa lagi ahli keluarga Neelofa termasuklah kakaknya, Noor Nabila dan anaknya, Jebat Jayden.

Keberangkatan mereka ini turut dihantar oleh bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad yang dilihat berada di lapangan terbang bersama-sama keluarga Nabila. Gelagat Sharnaaz yang setia menghantar anak dan bekas isterinya itu turut meraih pujian ramai yang memuji hubungan baik di antara mereka ini.

Sponsored

Macam yang semua sedia maklum, Sharnaaz dan Nabila masih lagi mengekalkan hubungan baik demi kesejahteraan anak mereka. Malah Jebat juga sering dilihat meluangkan masa bersama bapanya walaupun pasangan itu telah pun bercerai beberapa tahun lalu.

Di sebalik gelagat Sharnaaz yang tular ini, ada juga netizen yang mempersoalkan tentang keberadaan suami Nabila iaitu Engku Emran yang dikatakan tidak kelihatan di lapangan terbang. Netizen mengatakan mereka langsung tidak melihat kelibat suami Nabila itu di dalam video-video yang dikongsikan di media sosial.

Sponsored

Ada juga yang tertanya-tanya tentang status perkahwinan pasangan itu kerana mereka dilihat jarang bersama malah gambar Engku Emran juga tiada di Instagram wanita itu. Walau bagaimanapun, netizen mendoakan rumah tangga Nabila dan Engku Emran berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Engku kat mana.”

Sponsored

“Banyak kali tengok video ni tapi tak nampak kelibat Engku Emran…”

“Haritu macam nampak sipi-sipi lelaki Nabila dekat hari sukan anak dia. Kat sini tak nampak pulak Emran mungkin dia ambilkan video kot.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok