Tidak Menangis Atau Sedih, Shuhada Tenang Diceraikan, “Dah Boleh Move On, Tidak Lagi Terkongkong…”

Sponsored

Berita perceraian pelakon Hafidz Roshdi sememangnya mengejutkan ramai apabila dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Shuhada. Pelakon itu dilaporkan melafazkan talak itu bersaksikan ahli keluarga yang lain semalam.

Shuhada dikatakan akan memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya. Susulan perceraian yang berlaku ini, ramai yang cuba mendapatkan respon dari wanita itu namun menurut adik perempuan Shuhada dikenali sebagai Sofia, wanita itu tenang menerima takdir yang berlaku ini.

Sponsored

“Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.”

Difahamkan, Shuhada juga sangat stabil dan dilihat kuat menghadapi ujian yang berlaku pada rumah tangganya ini. Malah wanita itu juga menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan bersyukur kemelut rumah tangga dia dan suami menemui jalan penyelesaian walaupun ia berakhir dengan perpisahan.

Sponsored

“Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okay sahaja.”

Keputusan untuk bercerai ini dikatakan menerima persetujuan dari kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka semakin hangat dikatakan gara-gara orang ketiga. Tambah Sofia, dia sendiri melihat pengorbanan kakaknya dan bersyukur isu ini akhirnya selesai dan berharap ada kebahagiaan yang lebih baik untuk Shuhada dan anak-anaknya.

Sponsored

“Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas, ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi.”

Terdahulu, Sofia mengesahkan Hafidz Roshdi telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon dengan bersaksikan ahli keluarga. Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar