Shuhada jadi model? Ramai teruja, “Wanita support wanita bukan menyondol”

Sponsored

Wanita bernama Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya tular lagi sejak semalam namun kali ini netizen bertambah sayu tetapi begitu gembira apabila wanita ini dilihat menjadi model.

Difahamkan, founder yang dikenali sebagai Bella Al-Yahya iaitu pemilik jenama Bella Ammara menjadikannya salah seorang model. Walau bagaimanapun, di media sosial pula video-video Shuhada sedang photoshoot mengundang orang ramai begitu tertarik.

Sponsored
@adibaidilll

cantik nya baju.. makin cari ex wife hafidz roshdi sekarang 😍

♬ Suasana Hari Raya – MAZRO AKHIRO

Mana tidaknya, lain sungguh melihat Shuhada yang tampil begitu jelita dengan solekan di wajahnya. Manis bertudung dan mengayakan koleksi baju tersebut, Shuhada dalam pada masa sama mengundang rasa sebak netizen melihatnya.

Kesungguhan Shuhada mencari rezeki buat anak-anak selepas apa yang menimpanya membuatkan orang ramai memberikan sokongan dan dorongan terhadapnya.

Sponsored

Dalam pada itu, ruangan komen setiap perkongsian yang memaparkan Shuhada menjadi model tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi positif ramai.

“Hebatnya seorang wanita yang hatinya cukup terluka masih mampu tersenyum macam ni. Saya pernah kat tempat awak Shu”

Sponsored

“Kau tengok wanita wanita teranaiya punya doa, Allah bagi dia ujian yang berat dia balas kesabaran Allah bagi dia pelangi, love sangat tengok dia”

“Tolong bergabung please Intan Saleh, Puteri Sarah dengan Shu!!! I want them in one frame!!!”

“Kan dah cakap Shu ni memang cantik, sekali dia ubah penampilan, letup terus”