Sama2 nangis, ramai selebriti sayu lihat Bella Astillah kongsi video Shuhada

Sponsored

Kejadian yang menimpa wanita bernama Nurul Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri iaitu isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi tidak hanya mendapat perhatian netizen di media sosial malah turut menjadi tumpuan ramai selebriti Malaysia.

Antaranya adalah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. Baru-baru ini orang ramai tertarik dengan pertemuan dia dan Nurul Shuhada. Walau bagaimanapun, terbaharu Bella Astillah memuat naik rakaman video wanita terbabit sempena Hari Wanita kelmarin.

Sponsored
@bellaastillah_94

Happy Womens Day to all the incredible and beautiful women! shine on …not just today but everyday. Especially to my beautiful adik, Shu Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi❤️

♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

“Happy Womens Day,” ucap Bella Astillah di perkongsian tersebut namun menerusi Instagram pula, Bella Astillah menerima pelbagai komen ramai selepas memuat naik video itu yang ternyata begitu mengundang sayu ramai termasuklah beberapa rakan selebriti. Mana tidaknya, pertemuan mereka itu membuatkan Nurul Shuhada menangis.

Malah menerusi rakaman pendek itu juga menunjukkan Bella Astillah sama-sama sayu melihat keadaan Nurul Shuhada. Umum diketahui, baru-baru ini kecoh di media sosial selepas ahli keluarga Nurul Shuhada mengesahkan dia cedera selepas didakwa ditumbuk Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran yang dalam pada itu menyebabkan pipi Nurul Shuhada berdekatan mata menerima jahitan.

Sponsored

Pertemuan Bella Astillah dan Nurul Shuhada yang lalunya mereka dilihat menangis itu mengundang rasa sayu selebriti yang menghujani ruangan komen dengan emoji menangis.

“Shu sayang akak sampai syurga”

Sponsored

“Kalian semua wanita yang kuat! Selamat hari wanita”