Pelakon Dipuji Dalam Babak Pergaduhan Projek High Council, “Malaysia Skrg Bnyk Retis Yg Mantap”

Sponsored

Pelakon baru yang semakin meningkat namanya, Mierul Aiman terus menjadi perhatian ramai. Seorang juara Hero Remaja, sama seperti senior yang lain, Mierul Aiman berjaya melakar namanya dalam industri hiburan tanah air setanding Kamal Adli, Fizo Omar, Nadhir Nassar dan ramai lagi.

Untuk info, Mierul Aiman adalah salah seorang pelakon di dalam drama yang memiliki ramai peminat iaitu Projek High Council. Karakter yang dibintanginya membuatkan diri Mierul Aiman semakin menonjol dalam kalangan pelakon hebat lain dalam drama tersebut.

Sponsored

Memegang watak Fakhri, kisah pelajar asrama lelaki ini nampaknya semakin berkembang dan sudah hampir di penghujungnya. Kemuncak di mana Fakhri yang baru tingkatan 4 mengumpulkan pelajar lain menentang senior di sekolah tersebut.

Babak paling epik di mana Fakhri bergaduh dan memukul Kahar (Kapla High Council). Perjalanan di balik tabir babak epik tersebut dikongsikan Mierul Aiman menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Berikut adalah perkongsian tersebut:

Sponsored

Ditulis olehnya, momen liar dibelakang kanta pembikinan episod 8 Projek High Council ini telah meraih perhatian peminat Mierul Aiman sendiri.

Meninjau di ruangan komen perkongsian di balik tabir babak pergaduhan Projek High Council ini telah menerima pujian ramai. Malah ada juga yang mengakui pelakon di Malaysia nampaknya semakin baik.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian di balik tabir babak pergaduhan Projek High Council ini:

“Malaysia sekarang banyak improvement sekarang banyak retis yang mantap”

“Abang Fakhri memang seorang yang fighter ah. Abang sorang je yang mampu lawan kapla.. terbaik”

“Aku dah lama tak tengok ‘bad boy’ Malaysia dalam drama Melayi. PHC memang fenomena”

“Bapak ah dorang lawan betul2 real gila”