Shuhada Kongsi Perjalanan Merawat Mental Anak Selepas Apa Berlaku, “Antara Simptom Yang Perasan..”

Sponsored

Shuhada Mat Shukri adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kisah rumah tangga bersama pelakon, Hafidz Roshdi menjadi perhatian ramai selepas pelbagai pendedahan di sosial media dibuat Shuhada atau lebih senang dipanggil Shu.

Malah ketabahannya berhadapan dengan ujian yang melanda turut membuatkan ramai kagum dengan wanita ini. Sering berkongsikan kisah kehidupan di sosial media, baru-baru ini Shu kongsi perjalanan merawat mental anaknya, Humairah.

Sponsored

Sebelum ini secara terbuka Shu ada mengakui anaknya Humairah paling terkesan dengan apa yang berlaku. Ini kerana Humairah saksikan semua yang terjadi di depan matanya.

Shu tanpa segan silu menceritakan anaknya, Humairah mendapat bantuan di perbuatan psikatari menerusi satu muat naik di Instagram miliknya.

Sponsored

Terbaharu menerusi Instagram Stories miliknya, Shuhada kongsi perjalanan merawat mental anaknya. Pada awalnya beberapa simptom yang Shu perasan terjadi pada anaknya.

Selain dari itu ada juga pengikut Shu di Instagram yang bersyukur kerana wanita ini berkongsikan cara untuk tangani situasi dan apa yang berlaku pada anaknya itu.

Sponsored

Dalam muat naik itu, Shu akui pada awalnya dia menyangkakan perubahan pada Humairah adalah disebabkan anak kecil itu terasa hati dengan apa yang berlaku.

Namun dia tersedar apabila guru di sekolah perasan Humairah lebih banyak termenung dan tak berikan reaksi pada lawak rakan. Setelah berbincang dengan ibu Shu, dia mengambil keputusan untuk bawa Humairah jumpa doktor di klinik swasta.

Melihatkan simptom pada Humairah, Shu dapat surat untuk dirujuk ke hospital kerajaan di Kangar.

Tambahnya lagi simptom Humairah paling jelas sekali apabila dia ‘triggered’ nampak keluarga bahagia. Humairah akan mula bercakap pada Shu yang seronok melihat keluarga lain sempurna.

Selepas tiga kali mendapatkan rawatan, Humairah nampak bertambah baik. Dia juga ditukarkan ke sekolah lain untuk ubah suasana.

Dalam perkongsian sama, Shu luahkan terlalu sayangkan Humairah dan berjanji akan kongsikan perjalanan rawatan Humairah lebih lagi.

Menerusi muat naik Shuhada kongsi perjalanan merawat anaknya ini, Shu tidak lokek memberitahu di mana dia mendapatkan rawatan Humairah kepada yang bertanya.

SumberInstagram