Shuk Sahar Diperli Depan-Depan Tak Beri Sebarang Reaksi, “Sebab Dia Tau Memang Salah Dia”

Sponsored

Tidak lama dahulu, nama pelawak, penyampai radio terkenal iaitu Shuk Sahar pernah menjadi perhatian ramai. Kontroversi rumahtangga dengan dakwaan Shuk curang menjadi buah mulut ramai dan perhatian media.

Rumahtangga yang dibina akhirnya berkecai jua selepas beberapa kali cuba diselamatkan. Kini Shuk Sahar dan bekas isteri, Rossa Sera membawa haluan masing-masing.

Sponsored

Bagaimanapun, baru-baru ini satu video dikongsikan oleh pelawak itu sendiri menerusi akaun TikTok miliknya telah menjadi bualan ramai. Manakan tidak dalam video itu dilihat Shuk Sahar diperli depan-depan dengan apa yang pernah berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

Malah dua rakan dalam video itu turut menegaskan jika buat perangai, maka musnahlah karier seni sebelum ini. Berikut adalah perkongsian video Shuk Sahar diperli depan-depan ini:

Sponsored

Dalam video itu dari awal Shuk tidak bersuara langsung apabila dua rakannya itu berbual. Ditanya pula seronok atau tidak bila bergelar artis. Jawab rakannya itu seronok tapi yang jadi tak best bila tiada job.

Kemudiannya mulalah mereka mengungkit bila artis buat hal, perangai tak senonoh sebabkan seseorang itu tidak dipanggil kerja. Situasi ini lebih kurang dihadapi Shuk Sahar namun dia hanya tunduk dan makan.

Sponsored

Biarpun video ini hanyalah ‘content’ semata-mata, namun warganet dilihat terhibur dengannya. Malah ramai puji kandungan video sebegini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Silap Syuk pon tak tau apa nak keluaq dari mulut kawan tu”

“Lagi kena tibai lagi kuat dia suap”

“Bagus Syuk ni. Dia tak ambik hati apa orang cakap sal dia. Sebab dia tau memang salah dia. Semoga Syuk dimurahkan rezeki”

“Positif aja Shuk semoga menjadi kan pengajaran. Sentiasa lah istiqamah dan muhasabah diri ya Shuk”