Pelakon filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa baru-baru ini meluahkan rasa tak puas hatinya apabila ada individu membuat tuduhan melampau ketika dirinya membuat siaran langsung di TikTok.
Dalam satu rakaman yang dimuat naik semula itu dipaparkan Fatin Afeefa yang tampil berhijab ketika dalam live berkenaan. Kedengaran Fatin Afeefa membaca komen dari netizen yang sedang menyaksikan live di TikTok berkenaan.
Namun tiba-tiba ada individu yang membangkitkan isu mengenai hubungan anak Fatin Afeefa bersama bekas suaminya, Ivy Herra Sophia. Dalam video tersebut individu tersebut buah tuduhan Fatin Afeefa halang anaknya dari bertemu bekas suaminya itu.
Berang dengan komen tersebut, Fatin Afeefa tegur individu melampau buat tuduhan berkenaan dengan bertanyakan kembali adakah orang itu mahukan surat dari peguamnya? Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi TikTok ini:
“Wei, Faa bagi ex kau jumpa anak-anak dia. Kau tak boleh larang dia jadi wali or jumpa ayah dia”, komen yang dibacakan oleh Fatin.
Membalas dakwaan dan tuduhan itu, Fatin Afeefa bertanyakan semula adakah individu berkenaan mahu surat dari peguamnya dan dapat merasa turun naik mahkamah?
“Awak nak saya surat lawyer ke? Awak cakap macam ni awak nak surat lawyer ke? Kalau awak nak, saya boleh mintakkan lawyer saya sediakan surat untuk awak. Kalau awak naklah.“
Malah Fatin Afeefa juga menganggap tuduhan itu agak melampau dan menuntut permohonan maaf dari individu berkenaan.
“Cara awak cakap macam ni macam melampau pula. Kalau nak boleh cakap. Kalau teringinlah nak naik turun court. Okay, takda? Better minta maaf sekarang,” kata Fatin Afeefa tegur individu melampau buat tuduhan tersebut.