Datin Paduka Eina Azman Jelaskan Punca Menangis Di Instagram, “Penat Sangat Jadi Teremosi Lebih…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman mengejutkan ramai apabila memuat naik videonya sedang menangis. Sehinggakan ada yang membuat pelbagai spekulasi dan andaian mengenai pelakon itu yang mungkin sedang dilanda masalah dalam rumah tangganya.

Di dalam hantaran itu juga, Eina Azman meluahkan perasaaan tentang tidak dihargai oleh seseorang di ruangan kapsyen. Malah di dalam video itu juga, kelihatan pelakon itu sedang menangis seperti cuba menyampaikan sesuatu yang berlaku dalam hidupnya.

Sponsored

“Jika seseorang itu tidak menghargai kehadiran anda, biarkan mereka hargai kehilangan anda.”

Susulan video yang menjadi bualan ramai ini, Eina Azman tampil menjelaskan mengenai video yang tular itu. Menurutnya, dia kini sudah ‘move on’ dan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ini selain berharap orang ramai tidak berasa risau dengan keadaannya ini.

Sponsored

Jelasnya, memang ada perkara yang mengganggu fikirannya buat masa ini namun ia mungkin kerana dia terlalu kepenatan ditambah pula kesibukannya dengan kerja. Tetapi pelakon itu menyakinkan orang ramai bahawa dia kini berasa lebih baik dan meminta maaf di atas videonya yang tular itu.

“Sorry lah semalam Eina emosi sikit. Mungkin sebab Eina banyak kerja, penat sangat jadi teremosi lebih. Tapi saya dah lebih baik sekarang.”

Sponsored

Terdahulu, ramai yang membuat andaian rumah tangga pelakon itu diuji dengan orang ketiga gara-gara video Eina Azman yang menangis itu. Tambahan pula, sejak kebelakangan ini isu orang ketiga atau ‘penyondol’ antara isu yang banyak berlaku dalam kalangan artis pada ketika ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram