Sikap DSV & Kak KM rilek berkawan dipuji, “Founder suam kuku, gaduhlah sindirlah…”

Sponsored

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau turut dikenali sebagai DSV menarik tumpuan ramai selepas dikongsikan satu rakaman video dia bertemu dengan rakannya iaitu Liana Rosli atau turut dikenali dengan panggilan Kak KM.

Melihatkan dua usahawan terkenal ini dalam satu video bukanlah asing lagi bagi netizen apabila mereka sebelum ini diketahui umum sebagai kenalan malah sering dilihat bergurau sempoi sesama sendiri.

Sponsored

Walau bagaimanapun, apa yang menariknya pada kali ini warganet meninggalkan pujian dengan sikap kedua-dua usahawan itu dengan cara mereka berkawan. Disaat ada pengasas produk bergaduh, kedua-dua usahawan terkenal ini sempoi sahaja siap bergurau bersama.

Cara DSV dan Kak KM berkawan mengundang netizen memberikan pujian terhadap kedua-dua usahawan terkenal yang dalam pada masa sama, sikap mereka yang tidak mengacau sesiapa membuatkan netizen juga suka.

Sponsored

Perkongsian DSV itu membuatkan kemesraan dia dan usahawan tersebut menjadi perbualan diruangan komen selain rata-ratanya akui suka melihat keluarga mereka.

‘Diorang hal sendiri lagi bagus, dari rencana hal orang. Suka tengok family diorang’

Sponsored

‘Dorang ni founder gedik-gedik tapi tak kacau orang pun. Suka lagi la ada dengan Kak KM dengan DSV’

‘Ko tengok founder nama besar-besar ni rilek je dia kawan-kawan. Cuba ko tengok founder suam kuku, gaduh la, sindirlah pening aku’

Dsv

‘Nampak mesra giler-giler macam tu baru best’

Dsv