Bilik Bilal pula viral, “Kuat betul aura seorang Neelofa ni”

Sponsored

Umum diketahui, pada 29 Januari tahun lalu pengacara dan usahawan terkenal Neelofa selamat melahirkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Muhammad Bilal. Sejak dari itu, selain dia dan suami, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz, anaknya itu juga tidak henti-henti menjadi sorotan ramai.

Malah baru-baru ini pula, Muhammad Bilal diraikan dengan cukup meriah ketika ulang tahun kelahirannya yang pertama. Neelofa juga berkongsikan beberapa keping foto di Instagram peribadinya yang setakat ini ditinggalkan lebih 250,000 tanda suka.

Sponsored

Selain gelagat Bilal yang sentiasa mencuri tumpuan peminat di Instagram Neelofa, ada juga beberapa perkara yang membuatkan ramai bertanyakan kepada Neelofa. Seperti baru-baru ini pula ramai yang tertarik dengan bilik Bilal.

Bilik bermain Bilal ini membuatkan warganet juga memuji sikap Neelofa yang belajar memberikan terbaik buat anak pertamanya itu apabila dekorasi bilik si comel ini membuatkan ramai tertarik dengan kreativiti Neelofa menghiasnya.

Sponsored
@seorangnur

MasyaAllah memang cantik wallpaper dia 😍 Lofa memang seorang yg kreatif 🥰 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ أنشودة الخضروات – Osratouna

“MasyaAllah memang cantik wallpaper dia. Lofa memang seorang yang kreatif,” tulis dihantaran tersebut yang dalam pada masa sama membuatkan warganet juga setuju dengan pandangannya itu.

‘Bertuah Bilal jadi anak seorang yang bernama Neelofa. Sentiasa buat yang terbaik untuk anak’

Sponsored

‘Ummi kreatif dan penyayang, Lofa banyak membaca untuk besarkan Bilal’

‘Yang namanya Neelofa, jarang tak cantik apapun semua lawa lah’

‘Kreatif Lofa, untuk didik dan growth Bilal. Lofa banyak membaca’