Siti Nurhaliza Beli Rumah Pertama Di Dubai, “Berkat Usaha Gigih Dato Siti”

Sponsored

Terbaharu, tular satu video dengan paparan yang menunjukkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dipercayai beli rumah di Dubai. Dalam perkongsian tersebut ditunjukkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti bersama suami dan anak-anaknya mengunjungi rumah dibeli di Dubai.

Video tersebut diambil dari rakaman yang dimuat naik di Instagram Stories dengan nama akaun CTDK iaitu milik penyanyi nombor satu negara ini.

Sponsored

Berikut adalah rakaman yang memaparkan Siti Nurhaliza beli rumah di Dubai dan keluarganya melawat kediaman berkenaan:

Bukan itu sahaja, anak tiri Tok Ti dikenali dengan nama Asyraf Khalid turut mengucapkan tahniah kerana usahawan dan selebriti ini berjaya memiliki kediaman di Dubai atas usahanya sendiri. Berikut adalah muat naik di Instagram Stories milik akaun Asyraf Khalid itu:

Sponsored

“Congratulations Mak Iti on your 1st property in Dubai. So happy and proud to see your achievements…”

Selain mengucapkan tahniah, Asyraf turut akui ia menjadi inspirasi kepada dirinya dan isteri, Tya. Malah dia turut berharap supaya dapat mengikut jejak langkah seperti Siti Nurhaliza.

Sponsored

Di ruangan komen perkongsian di TikTok pula rata-rata warganet turut akui kagum dengan pencapaian Siti Nurhaliza hari ini. Berikut antaranya:

“Bahagianya tengok orang bahagia”

“Alhamdulillah rezeki seorang anak yang tak pernah lupa orang tua”

“Rezeki dia yang masih kecil dulu hanya tolong ibu jual kuih sapa sangka pengakhirannya rezeki dari Allah dah tertulis. Tahniah TokTi”