Sophia Albarakbah Akui Emosi Kacau Bilau Digelar Penyondol

Sponsored

Sejak beberapa bulan lalu nama pelakon jelita Sophia Albarakbah terus-menerus menjadi bualan hangat ramai. Kontroversi yang terpalit namanya dengan pasangan suami isteri Alif Aziz serta Bella Astillah membuatkan namanya menjadi perhatian ramai.

Digelar penyondol rumahtangga pasangan selebriti tersebut, Sophia Albarakbah mengambil keputusan untuk berdiam diri dari mengulas lanjut atau menjawab persoalan ramai.

Sponsored

Emosi kacau bilau digelar penyondol

Terbaharu memetik laporan Berita Harian, Sophia Albarakbah akui emosi kacau bilau ketika digelar penyondol itu. Namun pelakon jelita ini seharusnya bersikap profesional untuk menyelesaikan penggambaran Ku Akad Kau Dengan Bismillah pada waktu itu.

Kata Sophia lagi disebabkan penggambaran tersebut dia membiarkan ada kata cacian dan nista dilemparkan kepadanya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan diri.

Sponsored

Kini sebaik sahaja selesai penggambaran, Sophia Albarakbah akui emosi kacau bilau disebab kontorversi tersebut. Sophia yang akhirnya bersuara itu turut berkata dia sendiri tidak boleh menutup mulut orang yang mencercanya kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku.

Malah disebabkan perasaannya yang tidak senang dengan kontroversi berkenaan, Sophia akui ianya boleh digunakan dalam lakonan.

Sponsored

“Sejujurnya, memang sakit dan emosi jadi kacau bilau, lebih lagi, saya masih dalam proses penggambaran. Dan pada masa sama, kesakitan boleh digunakan ketika saya berlakon,” katanya

Hak Aliff tak nak berlakon dengan Sophia lagi

Disebabkan kekalutan yang berlaku sebelum ini, Sophia juga akui tiada hak jika Aliff tak nak berlakon dengannya lagi. Malah dirinya juga tiada hak untuk marah.

Bagaimanapun, semasa penggambaran drama tersebut Sophia akui dia dan Aliff bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk menyelesaikannya serta tidak mahu menyusahkan produksi.

Dalam perkembangan sama, Sophia juga akui tidak terkilan dengan rakan selebriti yang menggelarkannya penyondol ketika kontrversi tersebut sedang hangat di perkatakan.