Lepas lama ‘berdiam’ peminat 100x tonton video Amelia Henderson & Aedy Ashraf

Sponsored

Pelakon, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson beberapa kali digosipkan bersama malah timbul dakwaan mereka telah putus. Namun begitu, Aedy Ashraf dilihat tidak memberikan sebarang komen tentang dakwaan tersebut namun peminat rindu melihat mereka bersama lagi.

Namun begitu, satu kejutan istimewa buat peminat kedua-dua pelakon ini apabila pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini berkongsikan foto mereka menjadi model bagi produknya. Foto Amelia Henderson dan pelakon filem Tentang Bulan itu bagaimanapun menarik tumpuan ramai.

Sponsored

Pun begitu, bertambah teruja bagi peminat apabila pelakon jelita dan kacak ini dilihat dalam video disebalik tabir mereka photoshoot. Kelihatan mesra, peminat turut gembira dengan gelagat kedua-dua selebriti ini.

Malah ada juga yang begitu teruja sehingga tidak jemu menonton gelagat mereka seratus kali. Peminat juga dapat menarik nafas lega apabila selepas berdiam diri, akhirnya mereka dilihat bersama lagi.

Sponsored

“Sambil masak sambil tengok video ni. Semoga masakan aku sedap hari ni”

“Akhirnya, lama berdiam nak komen jugak! Kenyang sebelum berbuka. Terus rasa tak nak masak. Kenyang makan…”

Sponsored
Amelia Henderson

“Harap lepas ni ada lah gandingan mereka dalam drama filem dan sebagainya”

Peminat yang begitu senang melihat mereka kembali digandingkan bersama menjadi model itu membuatkan peminat berharap selepas ini ada lagi gandingan mereka dalam drama mahupun filem.

Amelia Henderson

“Dia mari dengan malu-malu pulak”