Pelakon, Emma Maembong sering menerima pujian netizen dengan sikap humble dirinya yang membuatkan dia sering disenangi peminat. Bertambah suka peminat terhadapnya juga apabila suaminya juga dilihat humble.
Menerusi satu muat naik terbaharu, gelagat anak Emma Maembong sedang menunggu kepulangan babahnya pulang dari kerja selepas seminggu menjadi tumpuan orang ramai dengan kecomelannya.
“One week merajuk tunggu babah balik from work, sampai KLIA je terus cari babah. And finally my babah is back from work.” Kongsi di Instagram Shariq Gabriel sendiri yang mana selain gelagat comel anak kepada Emma Maembong ini mencuit hati mereka.
Imej suami Emma Maembong juga menjadi perbualan diruangan komen yang mana netizen sehinggakan lupa bahawa jejaka pilihan hati selebriti jelita ini adalah seorang pilot. Sekadar info, Emma Maembong berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Mana tidaknya, imej simple suami Emma Maembong membuatkan netizen memberikan pujian terhadapnya yang meskipun berkerja sebagai pilot, dia tidak berlagak dan disukai kerana dilihat seorang yang sempoi sahaja dalam berpenampilan.
“Bila kau seorang pilot tapi tak berlagak nak nampak have have sentiasa.”
“Comel je, sis punya expection babah dia jalan pakai uniform pilot dari tarik beg… Sekali rilek je babahnya”
“Punya lama tunggu babah dia, sampai terbalik tali leher”
“Sukanya dia dapat jumpa papa terus berlagu bagai”