“Sumpah mak dia lawa gilersss”- Datang melawat cafe baru Intan Najuwa, kelibat mama cantik jadi tumpuan netizen

Sponsored

Baru-baru ini pelakon, Intan Najuwa difahamkan ada mendedahkan sebuah berita gembira kepada peminatnya terutama peminat kopi. Ini kerana Intan Najuwa sendiri yang meminati kopi bakal membuka cafe miliknya sendiri.

Tidak dimaklumkan lebih lanjut namun Intan Najuwa ada memuat naik beberapa perkembangan mengenai cafe miliknya itu. Intan Najuwa bagaimanapun terbaharu memuat naik satu rakaman video yang nampaknya memaparkan perkembangan terbaharu mengenai cafenya.

Sponsored

Bakal buka cafe

Intan Najuwa yang juga aktif dilaman TikTok memuat naik rakaman video serta mengatakan bahawa mamanya yang juga dikatakan boss datang melawat cafe miliknya. Masih dalam proses pengubahsuaian, Intan Najuwa bagaimanapun sempat merakam detik mamanya melawati cafenya.

Sponsored
@intannajuwaaa

Mama aka Boss visited my coffee shop 🙈😝 It’s still under renovation & i can’t wait to show you guys when its ready 💗

♬ Langit Yang Sama – dalia

Muat naik Intan Najuwa itu bagaimanapun membuatkan peminat meluahkan rasa teruja dengan semangatnya yang tidak hanya pandai dalam pembelajaran dan hebat dalam menghayati watak sebagai pelakon malah kini dia bakal memiliki cafe miliknya sendiri pula.

Walau bagaimanapun, tidak hanya itu yang mencuri tumpuan ramai, ini kerana kecantikan mama kepada Intan Najuwa ini juga membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai reaksi pujian apabila ada yang juga menyangka, mamanya itu adalah Intan Najuwa sendiri.

Sponsored

‘Sumpah mak dia lawa gilersss’

‘Hmmm ingatkan kakak you, mudanya mama’

‘Finally Intan bukak jugak cafe coffee, hahaha memang hantu coffee eh dak tecik ni. Bestnya kalau dekat nak try’

‘Pernah jumpa mak Intan rilek je makan kedai makan biasa, cantik orangnya’