Suspek Kes Pukul Kamal Adli Diarah Jalani Ujian Psikiatri Selama Dua Minggu

Sponsored

Pada malam Ahad lalu, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali di satu acara di Singapura. Kejadian tersebut turut mengakibatkan kecederaan sedalam tiga sentimeter dan empat jahitan pada bahagian kepala.

Mahkamah Singapura hari ini memerintahkan suspek yang berusia 33 tahun itu direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri. Hakim Terence Tay membuat keputusan tersebut selepas bersetuju dengan permohonan pihak pendakwa raya yang meminta tertuduh melalui pemeriksaan mental.

Sponsored

Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rasid akan direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri. Difahamkan, perbicaraan kes akan bersambung pada 28 Mac ini di mana tertuduh didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela menggunakan senjata berbahaya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau kedua-duanya sekali.

Sponsored

Terdahulu, tertuduh menyerang Kamal Adli menggunakan cota besi semasa berada di acara jualan raya yang berlangsung di Singapura. Di dalam perkembangan terkini, pelakon lelaki itu telah memuat naik satu hantaran di Instagram mengatakan dia kini dalam keadaan yang stabil namun masih di dalam pemerhatian perubatan.

Dalam masa yang sama, Kamal turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan dan keselamatan dia dan isteri. Pelakon itu turut menitipkan pesanan meminta orang ramai menjaga keselamatan diri dan sentiasa berjaga-jaga di luar sana.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar