Kelmarin kecoh di media sosial dengan kejadian mengejutkan menimpa pelakon, Kamal Adli dan isteri, Uqasha Senrose. Kamal Adli dan Uqasha Senrose selepas selesai menyertai acara Hari Raya Mega Sale yang berlangsung di Singapore dikejutkan dengan kejadian tidak disangka-sangka.
Sehingga menyebabkan Kamal Adli perlu menjalani pembedahan manakala Uqasha Senrose pula tidak semena-mena turut merasa trauma apabila melihat suaminya diserang. Namun begitu, Kamal Adli akhirnya bersuara di ruangan Instagram peribadinya apabila dia meluahkan rasa syukur kerana semakin stabil.
“Salam… alhamdulillah alhamdulillah amin. Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam lebam dibadan dan dijaga isteri. Terima kasih atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia Singapore yang tolong Kamal.
Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal issue ini. Saya sayang isteri saya, yang ketuk saya sorang je bukan satu Singapore. Jangan gaduh-gaduh.” Tulis Kamal Adli panjang diruangan kapsyen sambil berharap agar semua tidak bergaduh kerana yang mengetuknya hanya seorang bukannya satu Singapore.
Walau bagaimanapun, diruangan komen rakan selebriti juga menghujani dengan doa agar pelakon ini cepat sembuh.
‘Cepat sembuh bro! Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat’
‘Kami sekeluarga doakan semoga segera sembuh seperti sediakala. GWA brotha, stay strong to uor sista to!’
‘Semoga Allah berikan kekuatan dan kesembuhan segera. In shaallah bro’