Sharnaaz Ahmad Bagi Pesanan Terbuka Buat Hafidz Roshdi, “Sahabat, Dunia Ni Kadang-Kadang Pelik…”

Sponsored

Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi dan Shuhada semakin hangat diperkatakan di mana semalam, pelakon itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menumbuk bekas isterinya itu. Hafidz juga akur dengan perintah mahkamah yang memintanya menjalani ujian pemeriksaan mental selepas dia dikatakan mempunyai masalah bipolar.

Walaupun ramai yang mengecam tindakan Hafidz mendatangkan kecederaan kepada bekas isterinya, ada juga yang berasa simpati melihat keadaan terkini pelakon itu. Malah pelakon Sharnaaz Ahmad juga tampil memberikan pesanan terbuka buat Hafidz Roshdi menerusi satu perkongsian di Instagram Story.

Sponsored

Di dalam hantaran itu, Sharnaaz berharap pelakon lelaki itu segera sembuh supaya dia dapat memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukannya. Dia juga memberikan kata-kata semangat buat Hafidz untuk terus bangkit selepas diuji dengan ujian dalam rumah tangganya itu.

“Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik, Allah tengah uji awak dan keluarga, stay strong buat awak dan isteri. Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap. You can get thru this brother.”

Sponsored

Jangan panaskan lagi keadaan

Dalam masa yang sama, Sharnaaz turut mengingatkan netizen untuk tidak menjadi batu api dan memanaskan lagi keadaan di antara pelakon itu dan bekas isterinya. Tambah Sharnaaz, dia mendoakan Hafidz akan diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

“2.1 juta pengikut aku ni tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Semoga dia kembali sihat, dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.”

Sponsored

Malah dia turut mendoakan Hafidz dan Shuhada diberikan kebahagian walaupun tidak semestinya bersama. Dalam masa yang sama, Sharnaaz meminta orang ramai mengambil yang positif sahaja dalam isu ini dan tidak terlalu memandang negatif terhadap perkara yang terjadi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram