Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Syariah, Puteri Sarah Dedah Sudah Lebih Setahun Tak Jumpa Suami

Sponsored

Hari ini merupakan tarikh sebutan kes permohonan cerai yang melibatkan pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Awal pagi tadi, kedua-dua mereka tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan dikerumuni pihak media yang menantikan kemunculan pasangan ini.

Puteri Sarah memberitahu kepada pihak media dia kini lebih tenang dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga serta ibu bapa mentua. Tambahnya, dia percaya Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuknya dan juga anak-anak selain turut berharap hari ini bakal membuka buku baru dalam hidupnya.

Sponsored

“Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.”

@mediahiburanofficial

‘Maaf lambat sikit sebab uruskan anak yang kurang sihat’. Demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana saat tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 9.40 pagi bagi menghadiri kes sebutan cerai bersama suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. #MHnews #MediaHiburan

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Difahamkan, ibu bapa Puteri Sarah dan mentuanya tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari ini namun memberikan sokongan buatnya. Semasa ditanyakan tentang perasaannya melihat Syamsul Yusof hadir di mahkamah, pelakon itu memaklumkan dia hanya rasa biasa-biasa sahaja selain memberitahu sudah lama tidak berjumpa dengan suaminya itu.

Sponsored

“Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya.”

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap Syamsul Yusof selepas pengarah filem itu mengesahkan sudah berkahwin dua dengan Ira Kazar. Kemelut rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak empat tahun lalu apabila dikatakan muncul orang ketiga yang didakwa mengganggu pasangan itu.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.