“Harini ramai wanita emosi”- Video Syamsul Yusof & Puteri Sarah tiba di mahkamah tular

Sponsored

Pada Januari lalu cukup mengejutkan apabila pelakon, Puteri Sarah Liyana telah menfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, sebentar tadi pengarah filem Mat Kilau itu hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Syamsul Yusof tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.06 pagi untuk sebutan kes penceraian yang difailkan isteri, Puteri Sarah.”

Sponsored

Kehadiran Syamsul Yusof itu bagaimanapun turut menjadi tumpuan ramai di media sosial lebih-lebih lagi selepas kisah rumah tangganya mendapat perhatian sejak tahun lalu.

“Maaf lambat sikit sebab uruskan anak yang kurang sihat,” demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana saat tiba di perkarangan pada jam 9.40 pagi bagi menghadiri kes sebutan cerai bersama suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.” Tulis Media Hiburan.

Sponsored

Walau bagaimanapun, menerusi video rakaman Syamsul Yusof yang tiba di Mahkamah selepas sekian lama dinanti-nantikan ramai membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai reaksi yang mana rata-ratanya juga mendoakan yang terbaik buat perkahwinan mereka.

“Walaupun bukan sedara mereka tapi sedih tengok jadi macam ni. Dulu bahagia…”

Sponsored

“Sol sebelum buat keputusan, tolong ingat wajah Puteri Sarah saat bertarung nak lahirkan zuriat awak…”

“Semoga dipemudah segala urusan. Aminn. Semoga tak cerai…”

“Semoga tidak bercerai dan dikurniakan kebaikan kepada dua-dua pihak…”