Syanie Tegas Soal Bayaran, Akui Tak Adil Ikut Jumlah Followers, “Itu Harga Saya..You Nak Ambil”

Sponsored

Pelakon dikenali dengan nama Syanie ini cukup sinonim dengan karakter kelakar dan lakonannya yang bersahaja. Malah Syanie atau nama penuhnya Syaniza Binti Hisham turut popular menerusi lakonannya dalam filem Senario.

Ini menjadikan pelakon tersebut terus dikenali ramai sehingga ke hari ini. Boleh dikategorikan pelakon senior, Syanie baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang harga bayaran bagi selebriti yang sudah lama mencipta nama.

Sponsored

Syanie tegas soal bayaran

Dalam satu temubual oleh mStar baru-baru ini, Syanie tegas soal bayaran dan menjelaskan tidak adil jika bayaran adalah berdasarkan jumlah followers di media sosial seseorang artis.

“Saya tak suka apabila sekarang ada produksi nak panggil berlakon, mereka lihat jumlah pengikut di media sosial. Itu not fair untuk kita. Kalau 30 tahun lepas sudah ada media sosial, bayangkan pengikut sekarang banyak mana.”

Sponsored

Dinilai berdasarkan pengalaman bukan followers

“Saya sepatutnya dinilai atau dipanggil untuk berlakon berdasarkan pengalaman saya…You all nak tengok followers account memang lahai..Kekangan untuk artis macam saya yang dah lama, tapi kena ikut trend terkini juga.”

Tambah Syanie lagi biarlah berpada-pada dalam media sosial. Tidaklah semua benda kena masukkan di media sosial. Tapi bolehlah menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan peminatnya.

Sponsored

Bayaran biarlah setimpal

Pernah keluarkan kenyataan bayaran agak rendah untuk melakonkan sesuatu watak, Syanie turut menjelaskan dia bertegas dengan bayaran bagi pekerjaan yang ditawarkan kepadanya.

“Itu harga saya, you nak ambil, you tak nak ambil saya tak apa. Tak kira berapa followers di media sosial, tak kiralah orang masih ingat saya atau tak, itu harga saya dalam industri ni, kalau U all rasa nak bayar dengan setimpal pengalaman yang ada. Sekiranya tidak boleh cari pelakon lain. Bukanlah saya sombong tidak,” jelas Syanie tegas soal bayaran diterimanya.

@mstarmalaysia

“Itu harga saya… You nak ambil!” – Syanie tegas soal bayaran, tak adil pelakon veteran kena ikut jumlah ‘followers’

♬ original sound – mStar Official – mStar Official