Peminat Terkesima Shukri Yahaya Tunjuk Bakat Menyanyi, “Suara Husky..Memang Sedap Didengar”

Sponsored

Shukri Yahaya antara pelakon yang masih mendapat tempat di hati peminat drama tanah air hari ini. Seorang pelakon berbakat besar sudah tentunya Shukri Yahaya mempunyai barisan peminat yang tersendiri.

Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu perkongsian dipaparkan pelakon tersebut sedang berada di set penggambaran telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman tersebut nampaknya Shukri Yahaya tunjuk bakat menyanyi yang membuatkan ramai tak sangka.

Sponsored

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok seorang pengguna akaun ini, dipaparkan Shukri Yahaya sedang duduk di kerusi dan di sebelahnya ada seorang lelaki sedang bermain gitar.

Kedengaran Shukri Yahaya menyanyikan semula sebuah lagu dari penyanyi rock terkenal, Awie. Berikut adalah perkongsian rakaman Shukri Yahaya tunjuk bakat menyanyi ini:

Sponsored

Padu juga suara Shukri Yahaya dalam rakaman ini. Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang akui terkesima menyaksikan Shukri Yahaya tunjuk bakat menyanyi ini. Malah ada juga yang tak sangka selain berbakat berlakon, Shukri Yahaya juga memiliki suara merdu.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

Sponsored

“No wonder la dia pandai nyanyi, dia kan ada single song dengan Fathia Latif. Sedap sangat lagunya”

“Bestnya kalau duet dengan Hannah. Dua2 suara sedap”

“Syukri Yahya suara memang sedap…Dulu dia buat OST masa berlakon dengan Fatiya Latiff. Suka giler dengar suara dia”

SumberTikTok