Syatilla Melvin Dan Adik-Beradik Dipuji Cantik, “Segak2nya Hampa Wei”

Sponsored

Malam tadi pasangan Syifa Melvin dan Safawi Rashid telah selamat bernikah. Biarpun pelbagai gosip timbul, namun pasangan ini memilih untuk menutup mulut hinggalah selesai majlis akad nikah mereka yang berlangsung di Hotel Hilton.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan rakan rapat. Safawi menghadiahkan mas kahwin sebentuk cincin kepada Syifa Melvin.

Sponsored

Syatilla Melvin dan adik-beradik jadi perhatian

Bagaimanapun, keluarga dan adik-beradik Syifa Melvin turut mencuri perhatian ramai ketika majlis tersebut. Beberapa foto yang dimuat naik dengan paparan Syatilla Melvin dan adik-beradik yang lain ketika majlis tersebut telah membuatkan ramai memuji mereka.

Sponsored

Berikut adalah beberapa foto yang dimuat naik oleh pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin di laman Instagram miliknya:

Sebelum ini hanya empat orang adik-beradik ini yang sentiasa menonjol. Rupanya mereka sebenarnya ada lima beradik yang mana masing-masing memang terserlah kecantikan di majlis berkenaan.

Sponsored

Syatilla Melvin sempat bergurau

Di ruangan kapsyen pula, Syatilla sempat bergurau dengan menyatakan sebelum ambil foto berkenaan dia tercari-cari mana adik-beradiknya lagi seorang. Kemudian baru dia tersedar seorang lagi jadi pengantin.

“Sebelum amik gambaq ni, aku mencari mana lgi sorang. Rupanya dialah pengantin”

Malah di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji kecantikan Syatilla Melvin dan adik-beradik mereka ini. Berikut antaranya:

“Segak hampa semua aih…”

“Perh Tilla macam bride dah..Shoo Shantik!”

“Kak long dah kurus muka macam kembar Syifa dah”