“Syukur keadaannya kini stabil”- Shuhada dipercayai ditumbuk Hafidz Roshdi, ahli keluarga sahkan

Sponsored

Susulan perkongsian bekas isteri Hafidz Roshdi di ruangan Instagram peribadinya, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri apabila dirinya mengatakan terbaharu sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Perkongsiannya itu disertakan dengan sekeping foto yang menunjukkan Nurul Shuhada luka dibahagian muka. Bekas isteri kepada pelakon tersebut menerima doa ramai selain perkongsian Nurul Shuhada turut mengejutkan ramai pihak.

Sponsored

Dia juga sebelum ini meminta maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama kepada ramai pihak disebabkan sedang menerima rawatan di hospital. Namun begitu tambahnya, Nurul Shuhada akan memberikan kerjasama sepenuhnya selepas selesai semua rawatan.

Meskipun begitu, terbaharu menerusi sumber Shuhada disahkan oleh ahli keluarga bahawa dia ditumbuk oleh Hafidz Roshdi tiga kali selepas berlaku pertengkaran pada awal pagi tadi. Ahli keluarga yang enggan didedahkan namanya itu mendakwa Hafidz Roshdi dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada.

Sponsored

“Ye betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.

“Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya Hafidz menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” dakwanya menerusi laporan BH Online yang mana Nurul Shuhada juga setelah itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sponsored

Perkongsian Nurul Shuhada di Instagram Story

Dalam pada itu, ahli keluarga turut mengulas keadaan terkini Nurul Shuhada dan ternyata wanita terbabit masih terkejut serta perlu mengambil masa untuk berehat.

“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil.”

SumberBH Online