“Segan macam baru kahwin”- Netizen tercuit hati Siti Nurhaliza gelabah mak mertua datang

Sponsored

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti nampaknya lagi mencuri tumpuan peminat dan warganet di media sosial. Umum diketahui, Siti Nurhaliza sering menerima pujian tentang sikap dirinya yang mengundang orang ramai tidak hairan dia sehingga sekarang tetap menjadi selebriti kesukaan ramai.

Sudahlah humble dengan peminat, Siti Nurhaliza menjadi contoh buat ramai apabila meskipun sibuk dia tetap ke dapur untuk memasak buat suaminya, Datuk K. Penyanyi ini juga sering berkongsikan aktiviti memasak dalam video live.

Sponsored

Namun begitu, nampaknya gelagat Siti Nurhaliza dan mak mertua pula viral mendapat perhatian ribuan warganet apabila pada kali ini gelagat comelnya yang tiba-tiba panik selepas mak mertua datang menjenguknya di dapur tular.

Hantaran tersebut membuatkan ramai tercuit hati dengan gelagat comelnya apabila mak mertua berada disampingnya ketika memasak. Kehadiran mak mertua Siti Nurhaliza yang sempat membuatkan dia panik turut membuatkan netizen memuji sikapnya.

Sponsored

Malah ada yang berkata bukan hanya yang baru berkahwin sahaja yang segan dengan mak mertua malah rakaman Tokti itu menunjukkan yang sudah lama berkahwin juga masih segan dengan mak mertua.

“Mertua datang. Hahaha comey siti”

Sponsored

“Comel reaction tacod dia. Haha ingat orang baru kahwin je malu dengan mertua”

“Terbaik dato siti, tak lupa tugas sebagai isteri bila kat rumah. Mau masuk ke dapur”

“Mak mertua datang auto panik”

“Bila masak sendiri auto jadi pandai tau tapi bila mak mertua datang tengok tetiba jadi tak reti”