Tak Berhubung Sejak Kahwin, Sahabat Lama Shuhada Dedah Persahabatan Dihalang Oleh Hafidz Roshdi?

Sponsored

Seorang kenalan lama Shuhada iaitu bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan hubungan persahabatan mereka sebelum ini terhalang oleh seorang manusia toksik. Di dalam perkongsian itu, individu tersebut memaklumkan dia dan Shuhada merupakan kawan baik satu ketika dahulu.

Namun semenjak Shuhada berkahwin pada tahun 2016, hubungan persahabatan mereka dihalang oleh manusia toksik dipercayai adalah Hafidz Roshdi dan mereka tidak dibenarkan untuk berhubung lagi seperti biasa. Perkongsian dari individu itu turut dimuat naik semula oleh Shuhada di Instagram Story semalam.

Sponsored

“Kepada sahabat lama saya. Awak tahu awak siapa. Sejujurnya, awak bukan sahaja seorang kawan malah saya dah anggap seperti adik sendiri. Kita sudah tidak lagi berhubung selepas awak kahwin pada 2016, persahabatan dihalang oleh orang yang toksik tu.”

Walaupun persahabatan mereka dihalang oleh pelakon lelaki itu, individu tersebut sentiasa berharap hubungan mereka dapat kembali seperti dahulu. Memandangkan kini Shuhada sudah bercerai dengan Hafidz Roshdi, dia berharap hubungan persahabatan mereka kembali terjalin selepas tujuh tahun terpisah.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Shuhada turut membalas hantaran tersebut dengan emoji menangis dan bersyukur dapat berhubung kembali dengan kenalan lamanya ini. Terdahulu, Hafidz Roshdi telah melafazkan talak cerai melalui panggilan telefon selepas isu curangnya didedahkan kepada umum.

Dua minggu lalu, Shuhada mendakwa bekas suaminya telah menumbuk mukanya sebanyak tiga kali selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka. Susulan kejadian itu, ia telah meninggalkan kesan parut kekal pada wajah wanita itu dan terpaksa menerima jahitan.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram