“Takde part yg bosan”- Filem Coast Guard raih 2.5 juta, ‘posting’ Saharul Ridzwan ‘dihujani’ komen netizen

Sponsored

Kini sebuah filem terbaharu berjudul Coast Guard Malaysia menjadi perhatian peminat filem apabila ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana dan ramai lagi.

Filem genre aksi yang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri ini bagaimanapun menjadi perbualan ramai di media sosial dengan menerima komen positif penonton dan pelakon, Saharul Ridzwan juga sama menerima komen baik penonton di media sosial miliknya.

Sponsored

Posting Saharul Ridzwan jadi tumpuan

Saharul Ridzwan dalam perkongsian di media sosial memuat naik jumlah kutipan filem Coast Guard Malaysia itu selama empat hari yang berjaya meraih 2.5 juta.

Sponsored

“Terima kasih Malaysia atas sokongan anda semua. Coast Guard: OPS Helang berjaya kini mengutip 2.5 juta sehingga ke hari ini…” tulis di posting Saharul Ridzwan itu yang mana rata-rata warganet diruangan komen pula memberikan reaksi senang mereka selepas menonton filem tersebut.

‘Terbaik, best takde part yang bosan dan takde part yang aku alih mata tengok tempat lain. Terbaik untuk sape yang minat filem action’

Sponsored

‘Best giler 10/10. Dari mula sampai habis perang ja’

‘Best citer ni, penuh dengan aksi dan memang best lah’

Dalam pada itu, rakan selebriti turut memuji kehebatan Saharul Ridzwan dalam filem tersebut yang mana Hafidz Roshdi, Ammar dan Safwan Nazri meninggalkan komen positif diruangan komen.

‘Mantap Rul’