Aishah antara penyanyi cukup popular sekitar awal 1990-an. Suaranya seakan memiliki keramat membuatkan siapa sahaja mendengar pasti terhibur. Namanya kian menjadi sebutan ramai selepas Aishah kembali dalam dunia nyanyian dengan menjadi juara Gegar Vaganza.
Malah sejak akhir-akhir ini juga Aishah dilihat rajin memuat naik video nyanyian semula lagu penyanyi lain tidak kira artis antarabangsa mahupun tempatan. Terbaharu Aishah menyanyikan semula lagu berjudul Made You Look nyanyian asal Meghan Trainor.
Lagu ini juga cukup popular menerusi aplikasi TikTok. Biarpun begitu, nama pun penyanyi ‘legend’ berikan lagu apa sahaja boleh dinyanyikan dengan baik sekali!
Berikut adalah video pendek Aishah nyanyi lagu Made You Look dipuji ramai yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:
Berikut adalah video penuh Aishah nyanyi lagu Made You Look yang dimuat naik di saluran Youtube milik penyanyi ini:
Meninjau di ruangan Instagram Aishah tersebut, ramai yang memuji suara nyanyiannya yang unik dan bersahaja. Malah ada juga akui terhibur mendengarkannya. Berikut antaranya:
“Kak Aisyah lovely. Menangis Megan Trainor tengok akak cover lagu dia”
“Suara kalau dah sedap…Bagi la lagu apa pun dah macam lagu dia”
“Kak Aisyah kalau menyanyi lagu Inggeris memang terbaik”
“Pergh antara artis Malaysia sebutan bila menyanyi bahasa Inggeris pronouncation sangat clear!”