“Dua-dua senang terhibur”- Disebalik tabir lakonan Naim Daniel & Mierul cuit hati netizen

Sponsored

Nampaknya lakonan pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel dalam drama berjudul Projek: High Council membuatkan penonton begitu tertarik. Ia juga dibintangi oleh Mierul Aiman yang disebabkan drama tersebut dia hangat diperkatakan ramai.

Naim Daniel memegang watak sebagai Ayam dan Mierul Aiman pula membintangi watak bernama Fakhri. Drama Projek: High Council boleh dikatakan berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dengan jalan ceritanya berserta pelakon-pelakon hebat yang terlibat.

Sponsored

Drama Projek: High Council tarik perhatian ramai

Baru-baru ini pula satu hantaran oleh Naim Daniel bagaimanapun menarik perhatian ramai warganet apabila dia mendedahkan disebalik tabir lakonan dia dan pelakon, Mierul Aiman di media sosial sehingga mencuri tumpuan peminat dan penonton drama tersebut.

Sponsored

“Tuhan je tahu betapa payahnya kitorang dua orang nak in character bila dua-dua senang terhibur dengan diri masing-masing kan Mierul?” tulis Naim Daniel di perkongsian tersebut yang mana rupa-rupanya tidak mudah bagi dia dan Mierul untuk in character.

@naimdanielx

Tuhan je tahu betapa payahnya kitaorang dua orang nak in character bila dua-dua senang terhibur dengan diri masing-masing kan @Mierul ? #projekhighcouncil

♬ original sound – Naim Daniel – Naim Daniel

Memandangkan ujar Naim Daniel kedua-duanya senang terhibur dengan diri masing-masing yang menyebabkan mereka ternyata payah untuk menghayati watak membuatkan peminat dan netizen juga memahami perasaan mereka yang tentu sahaja jika berada di posisi mereka rata-ratanya juga akan tidak dapat menahan ketawa.

Sponsored

‘Kalau aku kat tempat mierul aku pun akan gelak…’

‘Hahhaa tengok banyak kali kelakar’

‘Kitaorang tengok pun dah terhibur apatah lagi korang…’