Terima Mesej Melampau Babitkan Isteri Dan Arwah Ibu, Ali Puteh Buat Laporan Polis, “Sampai Begini Makian Orang…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Ali Puteh semakin menjadi bualan di media sosial susulan isu yang berlaku di antara dia dan kakak iparnya, Hidayah. Terdahulu, wanita itu mendakwa kunjungannya ke kediaman milik arwah suami, Abam tidak mendapat layanan baik dari Ali dan keluarga.

Tidak lama selepas isu itu, timbul pula isu lain apabila Ali mendakwa menjumpai barangan seperti garam kasar dan bangkai haiwan di hadapan kediaman itu dipercayai mempunyai unsur syirik. Namun video yang dimuat naik pelawak itu kemudiannya dipadamkan semula tanpa sebab.

Sponsored

“Hmm sedih saya, sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri saya. Boleh jumpa kan saya insan ini…”

Isu yang berlaku ini turut membuatkan Ali teruk menerima kecaman dan kritikan dari netizen di media sosial. Malah baru-baru ini, Ali berkongsikan paparan mesej yang diterimanya apabila ada individu yang menghantarkan mesej berunsur lucah membabitkan isterinya.

Sponsored

Di dalam perkongsian itu, individu tersebut melemparkan kata-kata makian bukan sahaja terhadap Ali malah kepada isterinya. Lebih menyedihkan, nama arwah ibunya juga turut sama terkesan di dalam mesej yang dihantarkan individu tidak dikenali itu.

Difahamkan, Ali akan membuat laporan polis terhadap individu tersebut yang langsung tidak dikenalinya ini. Dalam masa yang sama, pelawak itu turut meminta bantuan orang ramai untuk mempertemukan dia dengan individu tersebut sekiranya ada yang mengenali insan yang dimaksudkan itu.

Sponsored

Terdahulu, Hidayah meminta Ali untuk melunaskan bayaran RM60,000 yang ditetapkan oleh mahkamah dalam kadar yang segera. Menurutnya, dia telah memberikan tempoh masa yang lama buat pelawak itu dan menolak permintaan Ali yang mahu membayarnya secara ansuran.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.