Nama Ali Puteh semakin menjadi perhatian ramai selepas kemelut antara dirinya dengan kakak ipar, Siti Norhidayah Mohd Ali masih belum selesai. Saban hari ada sahaja ‘isu’ baru yang timbul membuatkan keadaan tegang ini masih belum nampak tanda untuk reda.
Baru-baru ini pula Ali Puteh dan Norhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dayah Abam dilihat berbalas kenyataan di sosial media. Disebabkan itu apa juga yang terjadi antara mereka telah menjadi perhatian umum.
Muat naik video teguran
Terbaharu, abang kepada Dayah yang dikenali sebagai Mohd Azmier pula memuat naik satu video yang ditujukan untuk ‘pihak belah sana’. Dalam muat naik tersebut, Mohd Azmier menulis seperti berikut:
“Hadam betul2 hukum jangan main rembat je, makan diri nanti. Bak kata ustaz bab2 harta ni depa suka berdrama berepisod2.”
Abang Hidayah Abam juga turut memuat naik satu video ceramah dari seorang ustaz mengenai isu harta anak yatim ini. Berikut adalah perkongsian tersebut:
Minta Ali ambil tahu hukum faraid
Abang Hidayah Abam ini meminta Ali mengambil tahu mengenai hukum faraid dan tidak membuat kesimpulan dengan sesuka hati sendiri.
Terdahulu, Ali dikatakan akan membayar RM60,000 yang diperintahkan mahkamah kepada Dayah Abam secara ansuran. Menurut Ali juga proses bayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguam kedua belah pihak.
Namun menerusi laporan Harian Metro, Dayah Abam meminta Ali Puteh segerakan bayaran dan tidak mahu terima dengan ansuran.