Umum sedia tahu Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil KJ telah pun menerima tawaran untuk menjadi DJ (penyampai radio) di Hot FM. Pagi ini adalah hari pertama KJ jadi penyampai radio dan suara bekas Menteri Kesihatan ini berkumandang di stesen radion berkenaan.
Bersiaran bersama rakan penyampai iaitu Johan dan AG dalam segmen Bekpes Hot, ramai yang teruja dan gembira mendengarkan suara pemimpin cukup popular dalam dunia politik tanah air ini.
Beberapa perkongsian rakaman hari pertama KJ jadi penyampai radio telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Hot FM sendiri. Berikut antaranya:
Langsung tidak kekok berada di konti bersama rakan penyampai, tak sangka KJ cukup berbakat jadi penyampai radio. Lebih menarik apabila ayat keramatnya, ‘tak nak orang lupa saya’ menjadi perhatian ramai.
Malah meninjau di ruangan komen, ramai akui lebih tertarik untuk mendengarkan Bekpes Hot selepas adanya KJ ke udara. Malah ada juga yang memuji siapa yang berikan idea untuk menjemput KJ sebagai ‘keluarga’ Hot FM ini sangat bijak. Berikut antaranya:
“Idea jadi DJ sebab tak nak dilupakan tu idea yang brilliant KJ comes with a strategy hahaha!”
“Maknanya memang betul2 jadi dj terus la ea..Ingatkan sementara je gantikan fafau..Mantap sekali strategi hotfm…Hahaha saya bukan pendengar hotfm pun tukar channel..KJ punya pasal”
“Tak ada gelaran dato dah ka? Tp pa pa…memang sempoi arrr”
“Sporting la KH mana ada menteri atasan yang dulu pegang jawatan sanggup ambil job camni..Bole jadi geng ni semoga terus sukses semua”