Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila penyanyi dan pelakon Nabila Razali menurunkan semua foto di laman Instagram miliknya. Apa yang tinggal hanyalah foto kahwin dalam bentuk kolaj membuatkan ramai tertanya-tanya adakah Nabila Razali sudah bernikah diam-diam.
Malah di ruangan Instagram Stories juga dimuat naik beberapa foto seakan persiapan perkahwinan yang bertempat di tepi pantai. Nabila Razali mengenakan busana pengantin serba putih dan berdiri seorang lelaki yang jelas kelihatan adalah penyanyi rap terkenal, MK K-Clique.
Biarpun begitu, malam tadi Nabila Razali tampil dengan lagu terbaharu berjudul Aku Terluka. Malah Nabila Razali jawab spekulasi foto kahwin di sosial medianya itu.
Berikut adalah nyanyian secara langsung Nabila Razali menyanyikan lagu berjudul Aku Terluka yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Era.Je:
Nabila Razali jawab spekulasi foto tersebut adalah teaser untuk lagu baharunya itu. Akui Nabila Razali, dia dan team melakukan perkara itu adalah sebagai salah satu promosi dan bukan gimik.
“Saya tidak boleh halang sangkaan orang lain terhadap saya. Saya hanya mahu peminat berteka-teki untuk kemunculan lagu-lagu baharu saya. Tiada niat untuk buat gimik semata-mata”, kata Nabila Razali.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi mengenai lagu baru ini. Ada yang memuji dan terdapat juga kritikan mengenai suara nyanyiannya yang sukar dikawal.