Sertai Program ‘Bachelor’ Malaysia Untuk Berkenalan 13 Wanita, Zul Ariffin Dikritik Netizen

Sponsored

Pelakon Zul Ariffin sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi mendukung heroin dalam sebuah drama. Baru-baru ini pula, nama pelakon itu sekali lagi menjadi bualan ramai gara-gara penyertaannya dalam program realiti berjudul Pencuri Hati.

Program realiti ‘bachelor’ pertama di Malaysia terbitan Sooka itu menampilkan 13 wanita di mana mereka akan berkenalan dengan pelakon tersebut. Menurut Zul Ariffin, ini merupakan program realiti pertama yang disertainya selepas 14 tahun dalam industri.

Sponsored

Rancangan berjudul Pencuri Hati ini akan memfokuskan detik-detik awal perkenalan Zul Ariffin bersama 13 wanita di dalam program tersebut. Zul Ariffin turut mengakui ini merupakan satu cabaran buatnya untuk mengenali semua peserta wanita yang tidak dikenalinya itu.

Pelakon itu turut meminta orang ramai untuk tidak meletakkan pandangan negatif terhadap program tersebut kerana konsepnya berbeza dengan program dari luar negara. Tambahnya, program ini juga akan menonjolkan sisi baru pelakon itu yang tidak pernah atau jarang didedahkan kepada umum.

Sponsored

Walau bagaimanapun, penyertaan Zul Ariffin di dalam program ini tidak menerima reaksi positif dari netizen malah ramai yang mengkritik pelakon itu. Tidak kurang juga yang mendakwa program tersebut tidak memberikan manfaat kepada penonton sebaliknya memberikan pengaruh yang tidak baik.

“Rancangan TV yang merosakkan, tidak mendatangkan faedah.”

Sponsored

“Semua pakat tayang lurah. Mana censor board? Ingat kot luar negara tadi.”

Dalam masa yang sama, netizen turut menegur pemakaian para peserta wanita di dalam program tersebut yang dilihat terlalu seksi mengalahkan program dari luar negara sahaja. Difahamkan, program Pencuri Hati ini akan mula ditayangkan bermula 9 Disember ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.