Tidak Lagi Berselindung, Shuib Komen Gambar Watie, “Yang Ni Tak Boleh Swipe, Kena Like…”

Sponsored

Macam yang semua sedia tahu, pelawak Shuib sebelum ini mengakui sedang menjalinkan hubungan rapat dengan Watie. Terdahulu, nama wanita itu mula dikaitkan dengan Shuib selepas mereka dilihat menghadiri konsert yang sama dengan pakaian yang sedondon walaupun tiada gambar bersama.

Selepas mendedahkan status hubungannya dengan Watie, Shuib juga dilihat tidak lagi berselindung dan semakin aktif meninggalkan komen di akaun Instagram kekasihnya ini. Baru-baru ini pula, Shuib mencuri tumpuan ramai apabila dia meninggalkan komen beserta ‘pickup line’ di gambar terbaru dimuat naik Watie.

Sponsored

Menerusi hantaran itu, Watie dilihat berada di lapangan terbang dan memakai jubah beserta tudung hitam. Ada yang mengatakan wanita itu berada di sana untuk menghantar ahli keluarganya mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Yang ni takleh swipe, kena like.”

Sponsored

Di ruangan komen, Shuib telah meninggalkan ‘pickup line’ untuk kekasihnya itu dan turut disertakan dengan emoji hati berwarna merah. Komen tersebut turut menarik perhatian Watie yang terhibur dengan ‘pickup line’ yang diberikan oleh Shuib ini.

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengusik Shuib yang semakin berani meninggalkan komen di akaun kekasihnya ini. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan urusan mereka untuk disatukan akan dipermudahkan walaupun masih tiada tarikh yang dikongsikan buat masa ini.

Sponsored

“Bau nasi minyak 23.3.23.”

“Cantik lawa manis kalau pakai gini.”

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada Ogos 2021, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir akibat wabak Covid-19 dan sempat melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram