Khai Bahar Dituduh Mainkan Hati Wanita, ‘Menghilang’ Lepas Bagi Harapan?, “Berjanji Itu Ini…”

Sponsored

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ada individu yang menuduh penyanyi Khai Bahar kerana telah mempermainkan seorang wanita. Individu itu dikatakan membalas hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi itu di Twitter di mana dia bercakap mengenai hubungan percintaan.

Di dalam hantaran itu, individu tersebut telah menempelak Khai dan mengatakan penyanyi itu telah menabur pelbagai janji kepada rakannya. Namun selepas memberikan harapan kepada rakannya itu, Khai dikatakan menghilangkan diri serta datang dan pergi sesuka hatinya tanpa memikirkan perasaan rakannya.

Sponsored

“Pandai la kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak kau blah macam tu je. Alasan sebab malu. Gila.”

Tuntut permohonan maaf

Individu tersebut turut berkata dia malas mahu berkongsikan mengenai apa yang berlaku selepas kenyataannya itu mencuri tumpuan ramai. Namun dia berharap sekiranya penyanyi itu melihat ‘tweet’ tersebut, dia meminta Khai untuk meminta maaf kepada rakannya selepas apa yang dilakukannya.

Sponsored

“Aku nak pesan satu je, tolong ye minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam tu je sampai ke sudah. Berjanji itu ini pastu kau hilang menyepi, jadi orang tu tolong lah berhati perut sikit.”

Tambahnya, tindakan Khai yang mendiamkan diri selepas menabur pelbagai janji manis terhadap rakannya itu adalah tidak patut sama sekali. Pendedahan yang dikongsikan oleh individu itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang mahu mendapatkan kisah sebenar tentang perangai penyanyi lelaki itu.

Sponsored

Namun individu itu telah pun memadam hantaran tersebut tidak lama selepas ianya dikongsikan. Kebanyakan netizen turut terkejut dengan pendedahan ini tambahan pula Khai Bahar dilihat sebagai penyanyi yang ‘bersih’ dari segala kontroversi sebelum ini dan mempunyai imej yang baik.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter