Tokti Menyanyi Lagu Marsha, Reaksi Afwa Pula Jadi Perhatian, “Ibu Awak Tu Siti Nurhaliza Tau…”

Sponsored

Penangan Anugerah Juara Lagu 36 pada awal tahun lalu menyaksikan lagu Cinta nyanyian Marsha Milan menjadi siulan ramai selepas persembahan hebatnya di pentas berprestij itu.

Malah lagu tersebut juga turut dinobatkan sebagai naib juara dan menerima pujian ramai di atas persembahan vokal hebat dari Marsha. Baru-baru ini pula, penyanyi nombor satu negara, Tokti berkongsikan videonya menyanyikan lagu tersebut.

Sponsored

Tokti ‘cover’ lagu Marsha

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tik Tok miliknya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu itu sambil disaksikan oleh anak lelakinya, Afwa. Di ruangan kapsyen, Tokti turut berseloroh bertanyakan kepada Marsha bagaimana untuk menyanyikan bahagian tinggi lagu tersebut.

Sponsored
@toktitiktok

Adik cuba fahami apa ibu cuba jerit ni ye? Hahahaha.. redhale la adik ye ..#fypシ

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Reaksi comel Afwa

Lebih melucukan, reaksi Afwa yang kelihatan terpinga-pinga mendengarkan nyanyian ibunya itu turut mencuit hati netizen. Dalam masa yang sama, anak lelaki Tokti ini juga turut berdiri sambil menggoyangkan kaki seolah-olah sedang menilai persembahan penyanyi nombor satu negara itu.

Sponsored

Perkongsian video itu turut menghiburkan netizen di mana rata-ratanya berseloroh mengusik Afwa yang pastinya tidak tahu ibunya adalah seorang penyanyi hebat dan mempunyai peminat yang sangat ramai. Malah ramai yang turut cemburu apabila Afwa berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi itu secara percuma sahaja.

“Adik, ibu awak tu siti nurhaliza tau.”

“Kalau suara saya macam Tokti, hari hari saya nyanyi. Orang tanya pun jawab sambil nyanyi.”

“Ya Allah budak ni kau sedar ke tak dik, penyanyi no 1 nyanyi sebelah awak tu.”

tokti

“Goyang-goyang kaki si anak jadi juri untuk mak dia…”

lagu

Dalam masa yang sama, netizen turut memuji persembahan lagu Cinta yang dinyanyikan semula oleh Tokti di mana ia kedengaran sangat berbeza dari versi asal. Kebanyakan netizen turut sama terpukau mendengar vokal hebat Tokti semasa menyanyikan lagu tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.