Elizabeth Tan Dedah Hidap Penyakit Alopecia, Tidak Mahu Raih Simpati

Sponsored

Pelakon dan penyanyi jelita dikenali sebagai Elizabeth Tan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki fizikal dan bakat tersendiri, kemunculannya di kaca TV dan majlis-majlis sering sahaja mencuri tumpuan ramai.

Terbaharu heboh dikatakan ramai apabila Elizabeth Tan dedah hidap penyakit Alopecia. Menerusi pendedahan tersebut, Elizabeth akui mengalami penyakit tersebut sejak 2018 lagi.

Sponsored

Menerusi laporan, Elizabeth Tan mengalami masalah keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapinya sejak kecil. Dari autoimun dia mengalami alopecia dan menyebabkan tompokan botak di kepala yang terkadang merebak menjadi lebih besar.

Dalam satu temubual di Melodi, Elizabeth Tan menceritakan mengenai penyakit yang dihidapinya. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Melodi itu:

Sponsored
@melodiberapi

Hidap penyakit alopecia Elizabeth Tan terus kuat.. 💪🏻💪🏻 #meloditv3 #fyp #elizabethtan #tv3 #fyp #fypシ #jdt #foryoupagee

♬ original sound – Melodi – Melodi

Dalam rakaman Elizabeth Tan dedah hidap penyakit ini dia memberitahu perlu suntikan steroid untuk elak tompokan botak menjadi lebih besar. Selain dari itu Elizabeth Tan juga menjawab soalan wartawan yang mana apakah rahsia dia kelihatan sentiasa ceria biarpun sedang alami penyakit tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh penyanyi berusia 29 tahun ini sangat optimis dan dipuji ramai. Malah di ruangan komen ada juga yang berkongsikan menghidapi penyakit sama dan memberikan beberapa cadangan kepada Elizabeth Tan.

Sponsored

Menurut pengguna media sosial dengan nama Rizwana Billah, dia disahkan alopicia sejak 9 tahun dan kini dia berusia 29 tahun. Tulisnya rambut tinggal sikit dan bulu kening serta bulu badan tiada.

Seorang lagi pengguna sosial media memberitahu penyakit ini adalah sama seperti yang dilalui oleh isteri pelakon Hollywood Will Smith.