Trauma Dikecam, View Chin Dua Malam Tak Tidur Rindukan Anak, “Saya Cuba Cari Ah Moi Tapi…”

Sponsored

Selepas terbabit dengan kontroversi bersama pekerjanya, View Chin akui dia kini berasa trauma dengan kecaman yang diberikan netizen. Malah dia juga turut meluahkan rasa risau mengenai keselamatan tiga anak perempuannya yang telah dibawa lari oleh bekas isteri, Shermine.

Difahamkan, Shermine telah bertindak mengosongkan kediaman mereka dan membawa ketiga-tiga anaknya keluar dari rumah tersebut. View Chin mendedahkan dia kini sudah dua hari tidak tidur gara-gara rindukan anak-anaknya dan memikirkan mengenai nasib perniagaannya kini.

Sponsored

“Saya sudah dua hari tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang anak-anak dan perniagaan saya. Saya cuba cari Ah Moi tapi dia sudah ‘block’ saya di media sosial. Jadi saya tak dapat tahu bagaimana keadaan anak-anak saya.”

Dia turut menghubungi rakan-rakan terdekat untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi anak-anaknya buat masa ini. Ujarnya, ketiga-tiga anak perempuannya kini selamat di bawah jagaan keluarga terdekat susulan konflik yang berlaku di antara dia dan bekas isteri.

Sponsored

Dalam masa yang sama, personaliti media sosial itu turut meluahkan rasa risau apabila perniagaannya kini hancur dan terpaksa direhatkan buat seketika kerana kontroversi yang berlaku. Malah mereka juga terpaksa memberi ruang dan masa untuk menyelesaikan masalah yang menjejaskan imej syarikatnya.

Terdahulu, Shermine memberitahu dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin selepas bekas suaminya itu menuduhnya curang bersama lelaki lain. Menurutnya, dakwaan yang ditimbulkan oleh View Chin itu adalah palsu dan direka untuk memusnahkan reputasinya.

Sponsored

Shermine mendedahkan dia ada meletakkan syarat meminta View Chin memecat ‘penyondol’ atau orang ketiga tersebut bagi menjernihkan semula hubungan mereka. Namun permintaannya itu tidak dilayan oleh bekas suaminya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo