Boy Iman Nafi Jadi ‘Scammer’ Vendor Raya, Siap Tunjuk ID Kad Pekerja, “Saya Bukan CEO Syarikat…”

Sponsored

Semalam kecoh apabila ada peniaga yang naik angin selepas karnival Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung pada 19 April hingga 21 April dibatalkan pada saat akhir dan ditunda kepada tarikh yang baru. Nama Boy Iman turut dipetik sebagai penganjur yang bertanggungjawab terhadap karnival tersebut.

Di dalam sesi live yang dilakukan di World Trade Centre (WTC) semalam, para peniaga meluahkan rasa kesal kerana mereka telah mengeluarkan modal yang sangat banyak sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk karnival tersebut.

Sponsored
@semboyankualalumpur

Sedikit live siang tadi berkenaan tipu vendor/peniaga di pwtc yg sepatutnya berlangsung pada 19-21hb. Pada awalnya pihak management tidak memberitahu Boy Iman ada lah salah seorang penganjur tersebut. Memang buat hal! Kesian kepada peniaga yang dtg dari jauh & mananggung kerugian yg besar. #pwtckualalumpur #fyp #fypシ #foryoupage #semboyankualalumpur #semboyanmalaysia #boyiman

♬ original sound – Team Semboyan Malaysia – Team Semboyan Malaysia

Boy Iman pertahankan diri

Susulan namanya yang menjadi bualan ramai, Boy Iman tampil memberikan penjelasan mengenai situasi yang sebenar. Menurutnya, dia menafikan dakwaan yang mengatakan dia adalah orang yang bertanggungjawab sebagai penganjur kerana dia bukanlah pemilik syarikat seperti yang didakwa.

“Saya tidak layak untuk bercakap, apatah lagi memberi sebarang kenyataan melibatkan syarikat kerana itu bukan syarikat saya. Saya bukan CEO syarikat.”

Sponsored

Tambahnya lagi, dia juga hanyalah seorang pekerja yang makan gaji di syarikat tersebut dan enggan mengeluarkan kenyataan berlebihan mengenai isu itu kerana masih lagi bekerja di syarikat yang dimaksudkan.

“Andai saya bercakap lebih-lebih nanti saya boleh dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana saya masih bekerja dalam syarikat. Sepertimana yang anda tahu dan nampak, dah tular CEO syarikat saya yang bercakap bagi pihak syarikat. Malahan jenama acara ini juga telah di daftarkan di atas nama peribadi beliau.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Boy Iman turut meminta orang ramai untuk memeriksa di Google dan merujuk lesen SSM untuk mendapat tahu siapakah pemilik sebenar syarikat. Dia juga menasihati orang ramai untuk tidak mudah percaya dan menyebarkan fitnah kerana dia akan mengambil tindakan undang-undang.

“Korang pun satu bila tau sesuatu cerita tu pergi lah Google, check SSM semua di hujung jari je. Ini tak, terus share je…”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram