Kontroversi rumah tangga pempengaruh media sosial, View Chin dan Shermine Hau semakin menjadi perbualan hangat di media sosial. Shermine memberitahu dia ada berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya yang telah dibina sejak lapan tahun yang lalu.
Katanya, dia ada meletakkan syarat kepada View Chin untuk memecat ‘penyondol’ atau orang ketiga yang menjadi punca keretakan hubungan mereka. Namun usahanya untuk menjernihkan hubungan tersebut tidak berjaya apabila permintaan tersebut tidak dilayan oleh View Chin.
“Dia ada hubungi saya dan kata nak jumpa anak-anak. Kemudian saya minta dia jaga kami baik-baik, selepas itu apa yang saya minta pecat itu orang (staf berkenaan), jadi dia kena buatlah. Saya dah bagi syarat saya tetapi dia masih tak layan.”
Dalam masa yang sama, Shermine turut menafikan dakwaan dia menggunakan isu rumah tangganya ini sebagai gimik atau marketing untuk perniagaan dia bersama suami. Tambahnya, buat masa ini yang dimahukan hanyalah keadilan untuk dia dan anak-anak.
Terdahulu, View Chin mendedahkan dia dan bekas isteri telah bercerai tahun lepas dan mendakwa Shermine curang dengan lelaki lain. Susulan tuduhan terbaru ini, Shermine mengatakan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin kerana telah menjejaskan reputasinya.
“Dalam laporan berita yang diterbitkan oleh China Press semalam, View Chin menyatakan bahawa saya telah terlibat dalam hubungan luar nikah. Dakwaan ini adalah palsu dan tidak benar. Oleh itu, dengan ini saya berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang serta menuntut ganti rugi dan pampasan.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.