Sejak akhir-akhir ini nama Syamsul Yusof menjadi buah mulut ramai selepas kemelut rumahtangganya yang semakin panas. Bukan sekadar jadi perhatian, malah individu lain yang namanya Syamsul turut terkena tempiasnya.
Umum sedia tahu Syamsul Yusof telah mengaku bernikah dengan Ira Kazar menjadikan anak pelakon veteran itu sebagai isteri kedua. Malah isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Syariah untuk memfailkan penceraian mereka.

Disebabkan kemelut rumahtangga pasangan selebriti ini, setiap kenyataan yang dikeluarkan telah menjadi tumpuan netizen. Bagaimanapun, baru-baru ini video Ustaz Syamsul Debat terkena tempias dengan isu tersebut telah mengundang tawa ramai.
Berikut adalah perkongsian video Ustaz Syamsul Debat terkena tempias gara-gara nama sama dengan isu hangat tersebut:
Dalam video tersebut Ustaz Syamsul Debat membacakan komen atau mesej dari seorang netizen yang mendakwa kini tidak lagi meminatinya setelah isu kemelut rumahtangga Syamsul Yusof berkenaan.
Malah katanya bagaimana pula orang lain yang punya hal namun dia yang terkena akan tempiasnya? Disebabkan itu para penonton terhibur dan mula tertawa.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perihal ini seperti berikut:
“Kerana nila setitik abis semua Samsol kat Malaysia kena tempias”

“Kena tukar nama ustaz..Letak Syam jer..Buang Sol tu”

“Aduh kesian ustaz. Tulah kan nama sama. tersalah dah tu diaorang gara2 marahkan Syamsul sampai ustaz pun terkena sabar je”

“Ya Allah siannya..Orang lain yang buat hal. Ustaz yang kena adoii”
