Usahawan dikenali dengan nama Datuk Aliff Syukri baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila satu video dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya tular.
Manakan tidak, dalam rakaman tersebut kelihatan Aliff Syukri mengamuk selepas barang kaca di rumahnya pecah ketika satu sesi penggambaran. Turut terlihat pelakon, Yana Samsudin bersama suaminya, Fadzil Zahari serta penerbit dan hos, Aliff Farhan.
Dipaparkan Aliff Syukri terjerit-jerit tidak puas hati dengan Fadzil Zahari dan meminta mereka membayar balik barangan yang pecah tersebut.
Berikut adalah rakaman Aliff Syukri mengamuk sakan pada beberapa individu dalam video yang dikongsikannya itu:
Menerusi ruangan kapsyen, Aliff Syukri mendakwa dia terpaksa muat naik video berkenaan sebagai bukti. Malah usahawan tersebut turut mendakwa sehingga ke hari ini Yana Samsudin dan Fadzil Zahari masih belum membayar ganti rugi bernilai RM50 ribu.
Turut memetik nama penerbit Aliff Farhan sebagai saksi kejadian, Aliff Syukri turut mendakwa akan menghantar surat peguam jika tidak dapat sebarang reaksi dari pasangan tersebut.
Bagaimanapun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meminta Aliff Syukri untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Malah ada juga yang mendakwa video ini adalah marketing semata-mata.
“Si Yana tu acah2 terhuyung hayang pegang kepala macam citer mami jarum tu dah kenapa. Cuba la realistik sikit lakonan memasing kahkah”
“Aku lah kan dia ni. Lawak betul..Gitu gitu je dia nak gula gulakan kita”
“Tengok muka Yana macam nak gelak awal2 tu pun dah boleh agak ni semua lakonan dan marketing mur semata haha”
“Tak baik dato. Kalau betul pun settle belakang. Kalau marketing benda macam ni boleh bawa fitnah”