Hari ini media sosial dikecohkan dengan satu video yang dimuat naik oleh seorang usahawan kontroversi, Dato’ Sri Aliff Syukri. Rakaman dengan paparan Aliff Syukri mengamuk memarahi suami kepada pelakon, Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari itu telah menjadi perhatian umum.
Dikatakan Yana Samsudin yang sedang menjalani penggambaran di rumah Aliff Syukri ini sudah terjadinya satu perkara tidak diingini. Difahamkan Aliff Syukri mengamuk apabila barang perhiasan di rumahnya pecah.
Malah Aliff Syukri juga mendakwa pasangan tersebut tidak membuat pembayaran ganti rugi seperti dijanjikan. Ini menyebabkan dia memuat naik video tersebut.
Bagaimanapun, Aliff Farhan yang juga sebagai penerbit minta maaf pada Yana Samsudin dan Aliff Syukri ke atas perkara yang terjadi.
Menerusi ruangan kapsyen, Aliff Farhan yang juga penerbit minta maaf pada Yana Samsudin dan Aliff Syukri atas insiden yang tidak diingini ini. Tulisnya lagi ia adalah berpunca salah faham semasa penggambaran program raya.
Malah dia memilih untuk berdiam diri kerana hal ini masih lagi dalam perbincangan. Bagaimanapun meninjau di ruangan komen, netizen dakwa video yang tular ini adalah sebagai salah satu teknik pemasaran murahan.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkam di ruangan komen itu:
“Tak tau lah kalau masih ada yang percaya benda ni real..Hahahah sumpah aku kenal brader Fadzil Zahari ni macam mana..Kelaka doh hayun tak kena muka..”
“Lakonan scene fight tu kena buat balik, sebab nampak sangat tak kena”
“Marketing murahan ke apa ni? Baru lepas call Fadzil”
“Dulu2 content cam nie leh la orang percaya…Sekarang dah lapuk dah”