Video jadi tumpuan, netizen tertukar Fiza Sabjahan dengan Uqasha Senrose

Sponsored

Kalau sebut nama Fiza Sabjahan ramai yang begitu mengenalinya sebagai seorang pengacara di siaran TV3. Namanya juga bukan asing lagi bagi penonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang mana dia merupakan antara pengacara rancangan tersebut yang begitu disukai penonton.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Fiza Sabjahan begitu mendapat perhatian ramai di media sosial apabila dia diruangan aplikasi TikTok juga sporting berkongsikan rakaman ketika bertugas menjadi pengacara.

Sponsored

Kongsi video, jadi tumpuan warganet lagi

Walau bagaimanapun satu muat naik terbaharu Fiza Sabjahan nampaknya mengundang ramai yang ‘hadir’ suka melihatkan auranya yang sentiasa kelihatan cantik meskipun kini mencecah usia 40 tahun.

Sponsored

Malah ada juga yang berkongsikan pandangan bahawa Fiza Sabjahan tidak hanya cantik dilihat dalam kaca televisyen kerana apabila berhadapan dengan dirinya juga sememangnya begitu cantik pengacara ini sehingga dikatakan macam anak patung.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang ramai menjengah ke ruangan komen dengan mengatakan sebenarnya tersalah sangka melihat dalam video itu bukanlah Fiza Sabjahan tetapi seolah-olah melihat Uqasha Senrose.

Sponsored

“Anak saya 6 tahun suka tengok sis, hari-hari memang wajib dia tengok WHI”

“Ingatkan Uqasha Senrose tadi. Lawo akak”

“Mula-mula jalan sambil tunduk ingatkan Uqasha Senrose”

“Bermula minat tengkok WHI sebab you la sister, gaya maintain dari dulu sama je, kalau berpeluang nak sangat tengok depan-depan”