Status Hubungan Nabila Dan Engku Emran Jadi Tanda Tanya, Ada Dakwaan Dalam Proses Cerai?

Sponsored

Umum sedia tahu kakak kepada Neelofa dikenali dengan nama Nabila sudah pun mendirikan rumahtangga buat kali kedua selepas bercerai dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad. Melayari bahtera dengan Engku Emran hampir dua tahun, namun baru-baru ini kecoh pula ada dakwaan mengenai status hubungan pasangan ini.

Desas-desus mula timbul selepas perkongsian rakaman dan foto dengan paparan Nabila bersama keluarga berangkat mengerjakan Umrah namun tidak kelihatan Engku Emran di rumah dan di lapangan terbang.

Sponsored

Menerusi laporan Kosmo!, ada sumber mengatakan Nabila dan Engku Emran sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Malah ada juga dakwaan pasangan ini dalam proses memfailkan perceraian di mahkamah.

“Status mereka masih lagi tergantung. Apa pun doakan sahaja mereka,” kata sumber tersebut.

Sponsored

Selain dari itu, sejak beberapa bulan lalu hubungan mereka sudah tidak sehaluan apabila tiada foto atau video bersama di media sosial kedua-duanya.

Namun begitu, lapor Harian Metro baru-baru ini pasangan tersebut kedua-duanya masih ‘mengunci mulut’. Dakwaan mengenai status hubungan mereka itu juga dikukuhkan lagi apabila Nabila memadam gambar suaminya di Instagram termasuk ketika majlis pernikahan mereka.

Sponsored

Bagaimanapun, menerusi sosial media Engku Emran dilihat masih ada foto-foto dirinya bersama NoorNabila. Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan kenyataan dari dua belah pihak.

Kini Noor Nabila berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah bersama keluarganya. Dilihat ketika di rumah dan lapangan terbang hanyalah keluarga rapat dan bekas suami Nabila yang menghantar mereka. Tiada kelibat suaminya, Engku Emran pada wakti itu.