Video Lama Aina Abdul Kembali Tular, Netizen Luah Rasa Kagum, “Awal-Awal Ramai Kutuk Dia…”

Sponsored

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-37 akhirnya terjawab apabila Aina Abdul berjaya merangkul gelaran juara dengan lagu ciptaan dan nyanyiannya, Terus Hidup. Kemenangan ini turut menyaksikan Aina membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi.

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 29 tahun ini juga telah berjaya merangkul trofi Vokal Terbaik dan memenangi hadiah RM12,000. Seperti yang diketahui ramai, ini merupakan kali pertama Aina Abdul berjaya bergelar juara selepas beberapa kali menyertai pertandingan berprestij ini.

Sponsored

Di sebalik kemenangan ini, tular kembali hantaran video-video lama penyanyi itu yang dikongsikan di Twitter. Menerusi hantaran itu, dikongsikan beberapa video semasa Aina tidak mendapat perhatian pada satu ketika dahulu walaupun mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian.

Malah turut dikongsikan beberapa pertandingan nyanyian yang disertai oleh Aina namun tidak berjaya menyerlahkan namanya dalam industri hiburan. Antara yang pernah disertainya ialah Pertandingan Irama 1Malaysia pada tahun 2010, Bintang Idola Berita Harian pada tahun 2011 dan program Mentor Legend pada tahun 2014.

Sponsored

Walaupun berjaya merangkul gelaran naib juara di dalam program Mentor Legend, populariti penyanyi itu agak malap dalam industri hiburan. Menerusi temu bual pada lima tahun lalu, Aina mengakui popularitinya pada ketika itu agak kurang berbanding penyanyi baru lain waktu tersebut.

Netizen luah rasa kagum

Perkongsian itu turut meraih perhatian ramai di mana rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat usaha dan semangat yang ditonjolkan Aina Abdul ini. Bahkan, ramai yang memuji penyanyi itu yang tidak berputus asa dalam mencapai impiannya walaupun mengambil masa yang agak lama.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter