“Sporting sungguh”- Ramai jerit ‘Siti’ bila lalu rumah, Tokti rupanya dengar & pernah jawab

Sponsored

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti merupakan antara penyanyi terkenal Malaysia yang tidak hanya dikagumi kerana bakat suara yang dimiliki malah kerana sikap humble selebriti ini.

Tokti yang sering menjaga sikap dan tidak sombong sehingga sekarang mencetuskan peminat tidak terlepas daripada berterusan mengikuti perkembangan Tokti malah rumah Tokti juga sudah ramai ketahui dimana terletaknya.

Sponsored

Satu muatnaik mengenai Tokti bagaimanapun mengundang ramai terhibur apabila satu topik tentang penyanyi ini dibualkan oleh Tokti yang ternyata begitu sporting terhadap semua. Tokti rupa-rupanya mendengar ramai yang menjerit disaat lalu di rumah miliknya ini.

Ada yang memanggil Tokti, ada yang menjerit Siti Siti dan kanak-kanak juga memanggilnya Mak Iti dan ternyata ujar Tokti, dia mendengarnya malah pernah menyahut jeritan mereka itu namun tidak pasti adakah mereka pula mendengarkannya.

Sponsored

“Siapa yang buat perangai ni baik mengaku,” tulis di perkongsian tersebut yang mana rata-rata peminat akui turut melakukan yang sama namun ada juga yang kagum dengan sikap sporting Tokti yang melayan peminat bergurau dengan dirinya

‘Tak pe lepas ni aku jerit nama Datok K pulak’

Sponsored

‘Kakak aku yang duduk belakang rumah siti pun. Kalau aku datang aku jerit Aafiyah anak iboo”

‘Comel je melayan. Kalau orang lain ada kena baling dengan botol’

‘Sporting sungguh menyahut balikkk’

Sumber@m.s.zone